COVID-19: JAIS tangguh permohonan kebenaran kahwin

Share This Post

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangguhkan urusan berkaitan permohonan kebenaran berkahwin dan majlis akad nikah sehingga Perintah Kawalan Pergerakan berakhir.

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad, berkata langkah itu diambil berikutan beberapa penolong pendaftar perkahwinan atau jurunikah disyaki mempunyai kontak rapat dengan individu positif COVID-19.

“Semua urusan berkaitan permohonan kebenaran berkahwin dan majlis akad nikah hendaklah ditangguhkan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan berakhir.

”Keputusan ini dibuat setelah dikenal pasti terdapat beberapa penolong pendaftar perkahwinan atau jurunikah perlu menjalani tempoh kuarantin kerana disyaki kontak rapat kepada individu positif COVID-19 ketika menjalankan akad nikah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, majlis akad nikah yang dijalankan selepas Perintah Kawalan Pergerakan berakhir masih tertakluk kepada Tatacara Pelaksanaan Majlis Akad Nikah Di Negeri Selangor sehingga 17 April depan.

Selasa lalu, JAIS menetapkan akad nikah boleh dijalankan tanpa kenduri untuk meraikan majlis perkahwinan sesuai arahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Majlis Keselamatan Negara susulan penularan COVID-19.

Pasangan yang ingin melangsungkan majlis akad nikah di Selangor perlu mengikuti tatacara pelaksanaan yang dikeluarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan hingga 31 Mac.

Katanya, majlis akad nikah hendaklah dilangsungkan di premis persendirian dan dilarang sama sekali di tempat awam seperti masjid, surau atau sebagainya.

“Akad nikah itu hanya boleh dihadiri oleh seorang pendaftar atau penolong pendaftar perkahwinan, pengantin lelaki dan perempuan, seorang wali, dua orang saksi serta dua orang wakil bagi pihak pengantin lelaki dan perempuan.

”Perjalanan majlis akad nikah haruslah tidak melebihi 20 minit termasuk khutbah nikah.

“Akad nikah dilangsungkan tanpa berjabat tangan antara pengantin lelaki dengan wali atau Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan,” katanya.

sumber : BHarian

More To Explore

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best

Wedding Planner Najiha Online

Event type : Annual Dinner, Annual General Meeting (AGM), Association Dinners, Association Meetings, Awards Night, Concert, Conference, Convention, Exhibitions, Product Launch, Product Talk, ROM, Seminar, Wedding Dinner, Wedding Reception, Wedding Venue