KONSEP PERKAHWINAN DALAM AGAMA ISLAM

Share This Post

KONSEP PERKAHWINAN DALAM AGAMA ISLAM

Perkahwinan merupakan instrumen prelimenari / primer kepada pembinaan keluarga sebagai unit asas dan tunjang sesebuah masyarakat. Perkahwinan juga dianggap sebagai langkah permulaan kepada pembentukan keluarga. Secara tradisinya setiap pasangan individu yang ingin memulakan dan membina sebuah keluarga bersama perlu melalui peringkat perkahwinan.

Sebenarnya definisi perkahwinan yang akan dikemukakan adalah hampir sama secara teorinya. Cuma praktikalnya berbeza mengikut budaya, adat, pegangan, di mana dan bila konsep tersebut dipersepsikan oleh pelbagai bangsa di seluruh dunia.

Misalnya antropologi Barat mendefinisikan mengikut teori dan hasil kajian dari proses sosialisasi Barat, manakala antropologi Timur khasnya Islam
mendefinisikan konsep tersebut mengikut undang-undang Islam yang
bersumberkan kitab al-Quran dan al-Hadith dari segi primernya. Ia diwarnai pula dengan adat budaya oleh masyarakat yang diwarisi sejak turun temurun. Namun kedatangan Islam telah mengubah sebahagian dari adat yang bertentangan dengan nilai Islam secara efektif dan komprehensif.

Tips sebelum, Semasa dan Selepas Akad Nikah

Suasana hari akad nikah dan sebagai pengantin lelaki apa yang anda harus lakukan. Kena tau benda ni, sebab sesetengah orang dia hanya fokus kepada kenduri kahwin jer,

Sebelum Akad Nikah

  1. Datang awal ke tempat akah nikah (kalau akad di masjid ler) bersama ahli keluarga dan pengapit, supaya kita lebih bersedia. Kalau rasa nurvous, bersembang ler dengan pengapit anda..
  2. Pastikah bawa kad pengenalan & mas kahwin – saja tok kadi nak cek. Dia nak tengok dan KP salinan dah ada. Kalau dia minta dan anda tak bawa alamat nurvous lagi kuat ler…
  3. Ambil wuduk
  4. Saguhati kepada tok kadi dan saksi, jangan lupa. Sekarang mana ada buat kerja free…Survey berapa harga nak bagi.
  5. Senyum dan relax, tarik nafas panjang2 dan hembussss…

Semasa Akad Nikah

  1. Tok kadi memulakan majlis akad dengan membaca khutbah nikah – dengar betul2 dan fahamkan…
  2. Selesai khutbah, upacara Akad Nikah dimulakan. (saat paling mendebarkan…)
  3. Bacaan taklik – Isteri kena dengar betul-betul lafaz taklik ni. Suami kena baca lafaz tu, kalau tulisan nya rumi ok la tapi kalau jawi nasib la…kena tau baca jawi ler….
  4. Jangan lupa saguhati pada tok kadhi dan 2 orang saksi.

Selepas Akad Nikah

  1. Solat sunat lepas nikah. solat dulu, kalau upacara batal air sembahyang dulu, nanti kena ambil wuduk lain plak nak solat.
  2. Penyerahan Mas Kahwin
  3. Upacara batal air sembahyang. – terpulang, kekadang guna cincin, gelang, rantai, ikut kemampuan.
  4. Bersalaman & isteri mencium tangan suami.
  5. Cium dahi isteri – saat paling ditunggu-tunggu… cium kat dahi, bukan kat pipi atau mulut. Sikit jer, jangan lebih-lebih tau…

Macam mana nak cium ni? Sebelah tangan anda pegang bahu isteri dan sebelah lagi pegang dagu isteri, angkatkan sikit muka isteri supaya mendongak tepat ke mata anda dan anda tunduk perlahan-lahan agar dapat mengucup tepat pada dahinya. Berikan kucupan dengan penuh ikhlas.

  1. Bersalaman dengan ahli keluarga

Prosedur Pentadbiran Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ ini menggariskan peraturanperaturan pentadbiran yang perlu diikuti oleh Ketua Pendaftar dan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ dalam melaksanakan Akta/Enakmen/ Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri mengenai perkahwinan, perceraian dan ruju’.

Dalam Prosedur Pentadbiran ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang berlainan :


Beristeri ‘ ertinya mempunyai isteri.
Iddah ‘ ertinya tempoh menanti yang diwajibkan ke atas isteri yang diceraikan oleh suaminya, atau yang mati suaminya.
Tempoh Bermastautin ‘ ertinya tinggal dalam sesuatu kawasan tertentu sekurangkurangnya 90 hari atau mengikut budi bicara Pendaftar.
Teruna ‘ ertinya lelaki yang belum pernah berkahwin mengikut Hukum Syarak.
Wali Mujbir ‘ ertinya bapa atau datuk lelaki sebelah bapa.
Negeri ‘ ertinya negeri-negeri di dalam Malaysia.
Luar Negeri ‘ ertinya luar negara.
Tempat Lain ‘ ertinya di luar kariah masjid atau dalam mana-mana negeri.

Bila ditanya pada lelaki, rasanya semua oarang nak kahwin, sapa tak mau kahwin kan. Tapi adakah kita dah bersedia atau pun dah mula buat persediaan…ya, persediaan sebelum dan selepas kahwin. Kali kita cerita tentang perubahan sikap, perangai kita yang dulunya bujang, tapi bila dah kahwin nanti macam mana, tak kan nak buat perangai sama jer bila dah ada pasangan, perlu ke kita ubah?? Sudah semestinya sedikit sebanya perlu kepada perubahan, sebab dulu hidup sorang sekarang dah berdua. Jadi apa agaknya perubahan yang perlu kita buah bila kahwin nanti yer…

Kita manusia biasa……..tahukah ada beza antara nikah dan kahwin? sesiapa pun boleh asalkan suka sama suka dengan keinginan untuk kahwin………tapi apalah makna kahwin tanpa nikah……….tahukah anda beza antara nikah dan kahwin dan beza antara kahwin dan nikah?mana yang lebih afdal?

Kahwin ini boleh berlaku hanya dengan keinginan yang sama…….dilakukan……..dengan atau tanpa nikah………mana yang di dahulukan nikah dahulu atau kahwin dahulu?apa beza nikah dan kahwin?kita hanya melihat dari segi bahasa. fahamilah pengertiannya…..betapa mudah manusia ini lupa makna semua itu dalam kehidupan………

Kahwin satu hubungan yang biasa tanpa ada yang istimewa……nikah adalah sesuatu yang sangat suci dengan lafaz ijab dan kabul berserta akadnya………alangkah indahnya perkahwinan berserta akad nikah dengan ijab dan kabul….pada anda, nikah sebelum kahwin atau kahwin sebelum nikah………mana pilihan anda?

Perkahwinan juga bukanlah setakat akad sivil untuk memiliki sesuatu
seperti akad jual-beli malah ia merupakan akad yang menghalalkan pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Maka atas dasar tersebut Profesor Muhammad Abu Zuhrah pula mentakrifkan perkahwinan sebagai satu kontrak yang menghalalkan pergaulan seorang lelaki dengan seorang perempuan yang boleh menolong antara satu sama lain serta menentukan hak dan kewajipan masing-masing.

Dalam suasana kesibukan sekarang, mungkin ada yang terleka dalam kriteria memilih calon suami atau isteri yang benar-benar layak untuk dirinya. Ramai yang memandang harta atau wang ringgit boleh memberi keselesaan dan kebahagiaan kepada keluarga yang akan dibina. Tidak salah untuk mencari calon pasangan yang mempunyai kedudukan dan berharta, tetapi jangan lupa bahagian kita di akhirat nanti.

Apa dia tu??

Submit

More To Explore

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best

Wedding Planner Najiha Online

Event type : Annual Dinner, Annual General Meeting (AGM), Association Dinners, Association Meetings, Awards Night, Concert, Conference, Convention, Exhibitions, Product Launch, Product Talk, ROM, Seminar, Wedding Dinner, Wedding Reception, Wedding Venue