Majlis perkahwinan boleh diteruskan dengan syarat ketat

Share This Post

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju majlis perkahwinan yang sudah dirancang di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) Bersyarat diteruskan dengan menepati setiap standard prosedur operasi (SOP) yang diperkenalkan dan penambahan syarat baharu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagi penganjuran majlis perkahwinan di kampung atau taman perumahan, ia perlu dilakukan dengan pengawasan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan jika diadakan di hotel ia perlu dengan pengawasan pihak pengurusan hotel.

Katanya, bagi penganjuran majlis yang kurang daripada 100 jemputan (dua anggota RELA), 100 hingga 300 jemputan (tiga anggota RELA) 300 hingga 500 jemputan (empat anggota RELA) dan bagi yang melebihi 500 jemputan akan ditetapkan oleh RELA mengikut jumlah kehadiran dan ruang kawasan majlis.

DISYORKAN UNTUK ANDA
30 tetamu kenduri kahwin diarah beredar
Kebenaran majlis perkahwinan, buka peluang kerja
Wajib lapor polis kenduri kahwin di Mukim Klang
Tangguh nikah demi tugasan

“Bagi jemputan dari luar kawasan PKPDB mereka perlu menunjukkan kad jemputan majlis perkahwinan ketika melalui sekatan jalan raya yang diadakan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini, hari ini.

sumber : Berita Harian Online


More To Explore

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best

Wedding Planner Najiha Online

Event type : Annual Dinner, Annual General Meeting (AGM), Association Dinners, Association Meetings, Awards Night, Concert, Conference, Convention, Exhibitions, Product Launch, Product Talk, ROM, Seminar, Wedding Dinner, Wedding Reception, Wedding Venue