BOOKINGEVENT PACKAGES

Pakej Perkahwinan di Selangor

This post has already been read 247 times!

Melalui pakej yang ditawarkan, anda akan diberikan pelbagai lagi perkhidmatan dan kemudahan serta venue-venue dalam list vendor kami dari pakej Tunang & nikah & sanding & nikahsanding lengkap sederhana hinggalah ke pakej exclusive.Antara venue-venue pilihan kami, Forest Valley Kajang | Conerstone KL | Blackpearl Glass House Shah Alam | EWC NEO Mall Glass Event Space Damansara Perdana | IDCC Shah Alam dan banyak lagi…

COUPON REBATE ( TnC )
Anggaran Harga Pakej Lengkap Termasuk Dewan / Hall / Ballroom / Banquet Hall / Event Space / Mall / Bungalow / Villa

Submit

PAKEJ PREMIUM Harga pakej yang ditawarkan juga cukup berpatutan dan boleh dikatakan antara yang terbaik bagi list pakej lengkap perkahwinan untuk jemputan dari 400 sehingga 2500 orang. PAKEJ PREMIUM di tawarkan di venue-venue sekitar Kuala Lumpur dan juga Selangor, Selain venue in-house kami Glass House Shah Alam dan juga di EWC NEO Mall Glass Event Space Damansara Perdana yang menawarkan REBATE PAKEJ.

Anda bukan sahaja mendapat dewan yang berhawa dingin, tapi juga khidmat katering, rekaan pelamin, PA sistem, dekorasi, busana pengantin, Photo & Video dan sebagainya! Pakej Hidang / Dome style juga di sediakan untuk anda dengan MENU UTAMA di sediakan mengikut citarasa anda, Anda di galakkan membuat temujanji anda bersama kami untuk sebutharga pakej mengikut anggaran bajat anda…

ANTARA YANG TERMASUK DI DALAM PAKEJ LENGKAP PREMIUM

MENU UTAMA
 Nasi minyak / Nasi Hujan Panas 80%
 Nasi putih 20%
 Ayam masak merah / Ayam goreng berempah
 Daging masak hitam/Daging gulai kawah/ daging masak kurma
 Dalca/ pajeri nenas/ acar jelatah
 Ulam ulaman
 Sambal Belacan

BUAH BUAHAN
 Buah Oren
 Tembikai

MINUMAN
 Air cordial Oren
 Air Sirap Ice

SUDUT SANTAI 50%
 Kopi dan Teh Tarik
 Bubur kacang @ cendol
 Kuih Serimuka
 Kuih karipap / kueh lapis / kueh nona / kueh cara manis (pilih 1

MENU MAKAN BERADAP
 Ayam golek
 Ikan siakap masak masam manis
 Udang berhias
 Menu sedia ada

PELAMIN DAN DEKORASI
 Pelamin Dewan Eksklusif 20-30 (bergantung venue)’
 Backdrop Pelamin
 Backrop Layar 20-30ft #(bergantung venue)
 Flower Box 2x 3 Ft
 Pillar Bunga
 Kerusi Pelamin Eksklusif
 Bantal Tangan
 Walkway hiasan dewan
 Flower Arch Entrance

BUSANA DAN ANDAMAN
 Bunga Tangan x 1
 Sepasang Baju Sedia ada (L/P)
 Accessories (L&P) X1

KELENGKAPAN MAJLIS
 Dewan Berhawa Dingin
 Meja Pengantin ( Makan Beradab )
 1 X Meja Mempelai Dengan Dekorasi Bunga
 2 X kerusi Mempelai
 6 X Kerusi Banquet Bersarung Dan Riben
 Surau ( L&P)
 Bilik Persalinan
 Parking yang luas

MEJA VIP
 4 x Meja Bulat Dengan Alas Meja
 40 Kerusi Banquet Bersarung & Riben
 40 Set Peralatan Sajian VIP
 4 x Set Dome

MEJA TETAMU
 32 X Meja Bulat + Alas Meja
 320 Kerusi Banquet Bersarung + Riben
 Meja Buffet
 Meja Kek
 Meja Penyambut Tetamu
 Meja Hadiah

PA SYSTEM + SOUND MAN

SESI FOTOGRAFI SANDING
 Resepsi
 Main Photographer On Location
 Custom Album Standard 20 Pages
 Pendrive Soft Copy

SESI VIDEOGRAFI SANDING
 1 Main Videographer Shoot Highlight
 Pendrive Soft Copy
 Outdoor Hari Yang Sama – On Location

PELENGKAP MAJLIS
 Pramusaji 12 Orang Beruniform
 1 Event Coordinator
 Peralatan Catering

PERCUMA PENAMBAHAN
 Make Up 1x – Make Up Artist For Sanding
 Emcee Profesional
 Kek Kahwin 3 Tingkat
 Digital Kad Kahwin
 Set Akad Nikah
 Bunting

12+ Bulan Sebelum

  • Sediakan folder khas untuk simpan dokumen, resit supplier, borang berkaitan kahwin
  • Kenalpasti lokasi yang boleh disewa untuk dapat tarikh majlis untuk nikah, majlis belah pihak perempuan dan majlis sambut menantu. Sama ada nak buat di rumah, masjid atau dewan
  • Cari inspirasi dan idea untuk tema majlis anda
  • Pilih warna tema
  • Rancang bajet kahwin, samada duit sendiri, ibubapa, loan bank atau duit hantaran
  • Senaraikan bilangan jemputan dan tetamu yang akan hadir
  • Cari wedding planner yang boleh bantu
  • Tempah dewan – buat bayaran booking
  • Hadiri pameran dan ekspo pengantin untuk bandingkan pakej dari vendor photographer, video, DJ, catering, kanopi dll.

Antara 9 – 12 Bulan Sebelum

  • Berapa jumlah wang hantaran dan bilangan dulang hantaran dan balasannya
  • Dapatkan borang di pejabat agama daerah masing-masing – pihak lelaki dan pihak perempuan
  • Tempah tiket penerbangan jika perlu naik kapal terbang untuk dapat harga yang murah
  • Pergi food sampling sebelum decide pihak catering
  • Tempah dan bayar deposit untuk photographer, videographer, catering, DJ, kanopi dan lain-lain
  • Bincang barang / item untuk dulang hantaran
  • Tempah homestay atau hotel yang berdekatan untuk rombongan atau ahli keluarga yang jauh
  • Senaraikan lokasi berbulan madu

Antara 6-9 Bulan Sebelum

  • Buat pemeriksaan ujian HIV dan Talassemia
  • Mulakan diet untuk menurunkan berat badan yang ideal
  • Tempah tiket kapal terbang untuk bulan madu. Rancang aktiviti bulan madu.

Antara 4 – 6 Bulan Sebelum

  • Hadiri kursus kahwin yang berdekatan
  • Tempah baju nikah dan majlis perkahwinan
  • Beli cincin atau barang kemas untuk nikah dan kahwin
  • Renew atau daftar passport anda jika berbulan madu di luar negara
  • Mohon visa jika negara berkenaan perlu
  • Semak jika anda ada travel ban sebb tak bayar hutang PTPTN. Sangat penting ni!
  • Tempah baju untuk ahli keluarga mengikut tema

3 Bulan Sebelum

  • Baca buku berkaitan rumahtangga, hak dan tanggungjawab suami isteri
  • Tempah kek untuk hantaran atau untuk majlis
  • Tempah kereta sewa untuk pengantin
  • Tempah kad jemputan kahwin. Lihat Pakej Kad Kahwin.
  • Beli barang hiasan untuk buat dulang hantaran sendiri
  • Tempah doorgift untuk diberi pada tetamu VIP dan tetamu biasa
  • Cuba fitting baju nikah dan baju majlis. Alter jika perlu
  • Pergi ke pusat kecantikan untuk buat facial
  • Tempah baju untuk ahli keluarga mengikut warna tema

2 Bulan Sebelum

  • Sediakan senarai tugasan untuk ahli keluarga
  • Mohon cuti dari majikan anda
  • Hantar kad jemputan kepada tetamu. Boleh pos atau by-hand jika berjumpa.
  • Buat Facebook Event untuk maklumkan pada kawan-kawan di Facebook
  • Minta kawan anda alamat jika ingin menerima kad jemputan
  • Bincang dengan photographer lokasi untuk photoshoot selepas majlis
  • Buat pre-wedding photoshoot
  • Tempah bunting dan banner untuk digantung di dewan atau khemah

1 Bulan Sebelum

  • Senaraikan lagu yang anda ingin DJ mainkan ketika majlis
  • Pastikan semua supplier on-track dengan tempahan anda
  • Kenalpasti lokasi dan susun atur meja, pelamin, meja makan beradap, kuih, backdrop di dewan ataupun di kawasan rumah
  • Pastikan jurunikah, saksi dan dokumen berkaitan sudah dihantar. Bergantung kepada negeri, ada yang memerlukan salinan IC.
  • Untuk pasangan yang beragama Islam, anda boleh memohon Kebenaran Berkahwin secara online di laman web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SSPIM) oleh JAKIM. Negeri yang terlibat ialah:
    • Negeri Sembilan
    • Melaka
    • Perlis
    • Kedah
    • Perak
    • Wilayah Persekutuan
  • 2 Minggu Sebelum
    • Potong rambut supaya nampak kemas
    • Atur temujanji dengan untuk rawatan facial
    • Confirmkan tarikh dengan jurunikah atau tok kadi
    • Follow up dengan supplier barang tempahan anda
    1 Minggu Sebelum
    • Selesaikan bayaran deposit kepada supplier yang berkenaan
    • Serahkan tugas-tugasan khas kepada kawan dan ahli keluarga yang sudi membantu
    • Senaraikan dan kemas barang untuk cuti bulan madu
    • Follow up dengan supplier anda. Pastikan barang dah sampai
    • Buat group WhatsApp dengan AJK majlis. Pastikan semua jelas dengan tugasan dan flow majlis
    • Kenalpasti dan lantik pengapit anda dan pasangan
    • Ingatkan tok kadi supaya tak lupa
    • Pergi ke kedai percetakan atau kedai printing untuk fotostat dokumen seperti IC sendiri dan IC waris.
    2-3 Hari Sebelum
    • Sediakan aturcara dan flow majlis samada formal ataupun tidak formal
    • Ambil cuti untuk persediaan majlis perkahwinan
    • Manjakan diri anda di pusat spa
    • Buat manicure, pedicure dan pakai inai
    • Gantung penunjuk arah jalan ke lokasi majlis perkahwinan
    Hari Sebelum
    • Bertolak ke lokasi majlis pernikahan jika jauh dan pastikan sampai awal
    • Dapatkan rehat yang cukup – tidur awal
    • Rehearsal lafaz nikah sehingga lancar – “Aku terima nikahnya …”
    • Gosok/steam iron baju dan gantung supaya tak kedut
    • Kenalpasti nombor orang yang boleh dihubungi ketika majlis berlangsung sebab anda tak sempat nak jawab phone
    • Kenalpasti siapa yang akan bawa dulang hantaran
    • Lantik tukang simpan duit hadiah dari tetamu – ahli keluarga yang boleh dipercayai
    • Hantar lokasi majlis dalam group WhatsApp family
    • Confirm dengan jurunikah yang akan hadir ke majlis pernikahan.
    • Sediakan dokumen untuk diserahkan kepada jurunikah.
    Pada Hari Majlis Pernikahan
    • Bawa cincin pernikahan, kad pengenalan, dokumen berkaitan dan mas kahwin
    • Sediakan wang untuk bayar ‘tol’ – adat orang Johor
    • Pastikan photographer tahu nak ambil gambar siapa
    Selepas Majlis
    • Ucap terima kasih kepada semua ahli keluarga yang datang membantu
    • Bayar wang baki untuk supplier yang belum dapat bayaran
    • Simpan baju pengantin yang disewa. Pulangkan semula ke butik
    • Pergi ke pejabat agama untuk dapatkan kad perkahwinan

This post has already been read 247 times!

Share This:

Leave a Reply