Erti Sebenar Sebuah Perkahwinan – HIDUP berpasangan adalah fitrah semuala jadi, setiap sesuatu itu ada pasangannya, umpama siang malam, pasang surut dan sebagainya lagi. Begitulah juga halnya dengan manusia. Perkahwinan adalah institusi yang menemukan pasangan dan rakan kongsi hidup yang sehati dan sejiwa untuk sama-sama mengharungi segala suka dan duka erti kehidupan.
Perkahwinan juga perlu untuk tujuan memperluaskan lagi hubungan kekeluargaan diantara keluarga lelaki dan perempuan. Dengan perkahwinan, ia juga mampu mengembangkan lagi masyarakat dengan zuriat dan keturunan yang soleh. Islam turut memberi panduan bagi golongan muda yang ingin berkahwin dengan niat menjaga diri daripada dosa dan maksiat, tetapi khuatir rezekinya sama ada mencukupi atau tidak untuk menanggung keluarga.
Dalam hal ini, sekiranya usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepasnya, yakinlah bahawa rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu. Ia dinyatakan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur, ayat 32) Namun begitu, sekiranya seseorang belum mempunyai kemampuan dan persediaan menempuh kehidupan berkeluarga, maka hendaklah berusaha menahan hawa nafsu dengan sebaiknya.
Ustaz Muhammad bin Abdullah Al-Amin menyatakan bahawa Allah SWT menyuruh umat Islam agar memandang erti sebenar perkahwinan dari pelbagai sudut. Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa, yang mana Allah SWT menemukan dua insan yang mempunyai hati yang berlainan, ditautkan dalam satu ikatan pernikahan supaya kedua jiwa tadi menikmati rahmat dan ketenangan dalam berkongsi kehidupan berumahtangga yang dipenuhi cinta serta kasih sayang.
Dalam proses perkahwinan, Islam menitikberatkan soal persamaan taraf, iaitu kufu dan pasangan yang sesuai, mencakupi keagamaan, keturunan, pendidikan, harta, kecantikan dan sebagainya. Persoalan sekufu adalah satu perkara yang agak penting kerana kalau pasangan tidak sekufu ia boleh menyebabkan perceraian. Seterusnya berkahwin bukan sahaja menyatukan dua hati, dua cinta tetapi mengeratkan hubungan silaturahim antara dua keluarga iaitu keluarga pihak suami dan isteri yang berkahwin itu serta membawa pada asimilasi dua cara hidup dan budaya dari pasangan berkenaan.
Oleh itu, dalam hal ini, misalnya selepas berkahwin, pengantin digalakkan menziarahi ahli keluarga kedua-dua belah pihak untuk saling mengenali saudara mara jauh dan dekat. Selain itu, ziarahlah ahli keluarga jika ada masa dan bukan hanya waktu keramaian seperti hari raya. Pasangan juga mesti adil dalam mengeratkan silaturahim dengan ahli keluarga kedua-dua pasangan.
Bak kata orang, cinta itu buta. Namun, kata-kata itu biasanya sering diucapkan ketika pasangan kekasih dilamun perasaan cinta. Apabila sudah berkahwin, realitinya pasangan berkenaan perlu membuka mata mereka. Justeru, menurut Muhammad setiap pasangan yang berkahwin perlu menerima hakikat bahawa akan wujudnya perubahan dari aspek emosi dan fizikal antara satu sama lain ketika melayari bahtera rumahatngga. Sehubungan itu, ia menuntut pasangan untuk mempunyai kefahaman yang tinggi terhadap ilmu rumahtangga.
Kehidupan tidak selalu indah dan begitu jugalah perjalanan alam perkahwinan. Ada ketikanya diuji dengan pelbagai cabaran sehingga boleh menyebabkan hubungan menjadi hambar , lesu dan tegang. Namun begitu, pergaduhan antara suami isteri merupakan situasi yang tidak dapat dielakkan. Apabila ianya berlaku, pasangan suami isteri tersebut dinasihatkan untuk menjaga batas-batas tertentu. Komunikasi yang baik dan berterusan antara suami isteri adalah elemen paling penting bagi mengekalkan keutuhan rumahtangga yang dibina dengan cinta dan kasih sayang.
Selain itu, setiap pasangan yang berkahwin juga perlu fahami bahawa perkahwinan boleh berlaku penghujung. Dalam erti kata lain, mahligai yang dibina adakalanya diakhiri dengan percerian. Kegagalan rumah tangga atau bercerai tidak selalunya negatif. Seringkali kegagalan itu membawa kebaikan dan manfaat kepada pasangan.
Cumanya sebagai hamba, kita gagal mengetahui apa yang terbaik untuk diri sendiri. ALLAH SWT berfirman “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; ALLAH lebih mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”. (Surah al-Baqarah, ayat 216). Sikap terbaik ketika menghadapi perceraian ialah sentiasa berfikiran positif dan optimis bahawa kemungkinan kegagalan ini adalah satu peluang untuk dirinya.
Sabar adalah penting dalam hidup berumah tangga sama pada dengan diri sendiri mahupun pasangan. Bagi yang baru berkahwin apatah lagi kerana segala yang baru memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Malah, perkahwinan itu sendiri membawa sesuatu yang perubahan baru dalam hubungan dibina.
ALLAH SWT menyebut dalam al-Quran surah ali Imran ayat 102 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benarnya takwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kalian mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” Ayat ini adalah seruan Allah SWT kepada umat Islam supaya meningkatkan amal ibadah kepadaNya sehingga tahap yang tertinggi dan mendalam kerana kecintaan kepada seruanNya akan menjadikan seseorang mukmin berada pada jalan ketaatan yang sebenar-benarnya.
Natijah dari taqwa ini akan menjadikan seseorang mukmin dikurniakan cahaya kebaikan dan cahaya itulah yang akan memandu mereka untuk mencapai sebuah kehidupan yang baik di dunia dan tempat yang mulia di akhirat. Firman Allah SWT dalam Surah al-Hadid ayat 28 yang bermaksud “ Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, nescaya Allah memberikan dua bahagian daripada rahmat-Nya kepadamu, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu”.
LIST PAKEJ LENGKAP PERKAHWINAN
MENU UTAMA
Nasi minyak / Nasi Hujan Panas 80%
Nasi putih 20%
Ayam masak merah / Ayam goreng berempah
Daging masak hitam/Daging kurma/Daging gulai kawah
Dalca sayur / Acar buah / pajeri nenas
BUAH BUAHAN
Oren
Tembikai
MINUMAN
Air cordial oren
Sirap ice
SUDUT SANTAI 30%
Kopi @ The Tarik
Bubur kacang
Kuih Serimuka
Kuih Karipap / kueh lapis / kueh nona – (Pilih Satu)
MENU MAKAN BERADAP
Ayam golek
Ikan siakap masak masam manis
Udang berhias
Menu sedia ada
PELAMIN DAN DEKORASI
Pelamin Dewan
Backdrop Pelamin
Backrop Layar 20
Flower Box 2x 3 Ft
Pillar Bunga
Kerusi Pelamin
Bunga Tangan
Bantal Tangan
Hiasan Dewan
Flower Arch Entrance
BUSANA DAN ANDAMAN
Bunga Tangan x 1
Sepasang Baju Sanding Sedia ada (L/P)
KELENGKAPAN MAJLIS DAN KHEMAH
Dewan Berhawa Dingin
Meja Pengantin ( Makan Beradab ) (6 PAX)
1 X Meja Mempelai Dengan Dekorasi Bunga
2 X kerusi Mempelai
6 X Kerusi Banquet Bersarung Dan Riben
Surau ( L&P)
Bilik Persalinan
Free parking yang luas
MEJA VIP
4 x Meja Bulat Dengan Alas Meja
40 Kerusi Banquet Bersarung & Riben
40 Set Peralatan Sajian VIP
4 x Set Dome
MEJA TETAMU
32 X Meja Bulat + Alas Meja
320 Kerusi Banquet Bersarung + Riben
2 Meja Buffet
Meja Kek
Meja Penyambut Tetamu
Meja Hadiah
PA SYSTEM
FOTOGRAFI
Gambar Resepsi
Main Photographer On Location
Pendrive
PELENGKAP MAJLIS
Pramusaji 12 Orang Beruniform
1 Event Coordinator
Peralatan Catering
PERCUMA PENAMBAHAN
Digital Kad Kahwin
Make Up sanding 1x
MC
Kek Kahwin
Set Akad Nikah
Bilik Pengantin Bersiap