KONSEP PERKAHWINAN DALAM AGAMA ISLAM

Share This Post

2.1 Pengenalan


Perkahwinan merupakan instrumen prelimenari / primer kepada pembinaan
keluarga sebagai unit asas dan tunjang sesebuah masyarakat. Perkahwinan juga
dianggap sebagai langkah permulaan kepada pembentukan keluarga. Secara
tradisinya setiap pasangan individu yang ingin memulakan dan membina sebuah
keluarga bersama perlu melalui peringkat perkahwinan.

Sebenarnya definisi perkahwinan yang akan dikemukakan adalah hampir
sama secara teorinya. Cuma praktikalnya berbeza mengikut budaya, adat,
pegangan, di mana dan bila konsep tersebut dipersepsikan oleh pelbagai bangsa di
seluruh dunia. Misalnya antropologi Barat mendefinisikan mengikut teori dan hasil
kajian dari proses sosialisasi Barat, manakala antropologi Timur khasnya Islam
mendefinisikan konsep tersebut mengikut undang-undang Islam yang
bersumberkan kitab al-Quran dan al-Hadith dari segi primernya. Ia diwarnai pula
dengan adat budaya oleh masyarakat yang diwarisi sejak turun temurun. Namun
kedatangan Islam telah mengubah sebahagian dari adat yang bertentangan dengan
nilai Islam secara efektif dan komprehensif.

2.2 Konsep Perkahwinan dalam Islam

2.2.1 Definisi dari Sudut Bahasa dan Istilah


Pelbagai definisi tentang perkahwinan telah diberikan oleh para sarjana
(ulama) Islam, antara yang terpilih ialah ; Suatu akad yang menghalalkan pergaulan
di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bukan muhrim dan
menimbulkan hak serta kewajiban antara kedua-dua mereka.1
Manakala dalam pengertiannya yang lebih luas perkahwinan adalah satu
ikatan lahir di antara dua orang, lelaki dan perempuan untuk hidup bersama di
dalam sebuah rumahtangga di samping melahirkan zuriat sebagai meneruskan
kelangsungan hidup manusia menurut batas-batas (disiplin) hak dan tanggungjawab
yang telah ditetapkan oleh syarak.


Perkahwinan atau nikah dari segi terminologi (bahasa) ialah himpunan,
pengumpulan, percantuman, persetubuhan dan akad. Nikah dari segi bahasa
diertikan juga sebagai menindas, setubuh dan senggama. Di kalangan ulama ushul
berkembang tiga macam pendapat tentang erti lafaz nikah ; Menurut golongan
Hanafi nikah menurut asalnya adalah setubuh dan menurut erti majazi (metaforis)
adalah akad yang dengan akad ini menjadi halal hubungan kelamin antara lelaki

More To Explore

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best

Wedding Planner Najiha Online

Event type : Annual Dinner, Annual General Meeting (AGM), Association Dinners, Association Meetings, Awards Night, Concert, Conference, Convention, Exhibitions, Product Launch, Product Talk, ROM, Seminar, Wedding Dinner, Wedding Reception, Wedding Venue