Pakej Perkahwinan Campur Antara Kaum Malaysia, Pakej Lengkap Termasuk Dewan / Hall / Ballroom bermula 100pax, 300pax, 500pax, 800pax, 1000pax hingga 2500pax
Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.Pakej Yang Di sediakan – Dome Pakej / hidang style | Pakej lengkap standard | Pakej lengkap Premium
KAHWIN DENGAN ORANG YANG KITA CINTAI ITU IALAH IMPIAN, KAHWIN DENGAN ORANG YANG KITA TIDAK SANGKA ITU ADALAH JODOH, MENIKAHI ORANG YANG MENCINTAI KITA ITU ADALAH KEMUNGKINAN, MENCINTAI ORANG YANG KITA NIKAHI ITU ADALAH KEWAJIPAN.
List Pakej lengkap standard
Mula 100pax hingga 1200pax
MENU UTAMA
Nasi minyak / Nasi Hujan Panas 80%
Nasi putih 20%
Ayam masak merah / Ayam goreng berempah
Daging masak hitam/Daging kurma/Daging gulai kawah
Dalca sayur / Acar buah / pajeri nenas
BUAH BUAHAN
Oren
Tembikai
MINUMAN
Air cordial oren
Sirap ice
SUDUT SANTAI 30%
Kopi @ The Tarik
Bubur kacang
Kuih Serimuka
Kuih Karipap / kueh lapis / kueh nona – (Pilih Satu)
MENU MAKAN BERADAP
Ayam golek
Ikan siakap masak masam manis
Udang berhias
Menu sedia ada
PELAMIN DAN DEKORASI
Pelamin Dewan
Backdrop Pelamin
Backrop Layar 20
Flower Box 2x 3 Ft
Pillar Bunga
Kerusi Pelamin
Bunga Tangan
Bantal Tangan
Hiasan Dewan
Flower Arch Entrance
BUSANA DAN ANDAMAN
Bunga Tangan x 1
Sepasang Baju Sanding Sedia ada (L/P)
KELENGKAPAN MAJLIS DAN KHEMAH
Dewan Berhawa Dingin
Meja Pengantin ( Makan Beradab ) (6 PAX)
1 X Meja Mempelai Dengan Dekorasi Bunga
2 X kerusi Mempelai
6 X Kerusi Banquet Bersarung Dan Riben
Surau ( L&P)
Bilik Persalinan
Free parking yang luas
MEJA VIP
4 x Meja Bulat Dengan Alas Meja
40 Kerusi Banquet Bersarung & Riben
40 Set Peralatan Sajian VIP
4 x Set Dome
MEJA TETAMU
32 X Meja Bulat + Alas Meja
320 Kerusi Banquet Bersarung + Riben
2 Meja Buffet
Meja Kek
Meja Penyambut Tetamu
Meja Hadiah
PA SYSTEM
FOTOGRAFI
Gambar Resepsi
Main Photographer On Location
Pendrive
PELENGKAP MAJLIS
Pramusaji 12 Orang Beruniform
1 Event Coordinator
Peralatan Catering
PERCUMA PENAMBAHAN
Digital Kad Kahwin
Make Up sanding 1x
MC
Kek Kahwin
Set Akad Nikah
Bilik Pengantin Bersiap
Note
Penambahan jika perlu

Perkahwinan campur merupakan sebuah penyatuan yang terdiri dari berlainan bangsa atau kaum yang berlainan agama atau berlainan warganegara. Proses ini disifatkan sebagai penyatuan dua golongan insan yang berbeza sama ada agama atau bangsa. Dalam kehidupan masyarakat setiap orang mempunyai hak untuk bergaul dan berkawan serta berkenalan dengan siapa sahaja, begitu juga kepelbagaian bangsa yang masuk ke Malaysia pada hari ini telah memberikan satu kesan khusus terhadap sistem perkahwinan campur di negara ini, keadaan ini boleh mendorong ke arah untuk berkenalan dengan bangsa lain yang masuk ke Malaysia justeru tidak mustahil adanya kemungkinan untuk mereka saling jatuh cinta sehingga terjadinya perkahwinan campur.
Perkahwinan campur dapat diibaratkan sebagai sebuah permulaan budaya baru dari sebuah keluarga. Dapat dihuraikan bahawa perkahwinan antara dua kaum atau dua keturunan yang berbeza ras akan melahirkan sebuah budaya baru, paling tidak ianya akan terjadi sebuah proses asimilasi secara fizik antara dua kebudayaan atau dua ras kerana pada konsep perkahwinan campur ialah penyatuan dua insan dari dua keluarga berbeza.
Perkahwinan campur telah lama dipraktikkan dalam sejarah terutamanya untuk mengeratkan hubungan antara negara, contohnya perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah. Oleh itu, perkataan kahwin campur adalah tidak asing bagi rakyat Malaysia. Masyarakat majmuk di Malaysia adalah kesan daripada perkahwinan campur di Malaysia sejak dulu hingga kini. Agama Islam sendiri, tidak melarang sebarang bentuk perkahwinan termasuklah perkahwinan campur asalkan ianya menurut kehendak syarak, seperti dinyatakan dalam ayat al-quran.
Gagasan pembinaan negara bangsa menjadi sangat penting ketika isu-isu perkauman mulai bergema di negara ini akibat pergeseran politik dalam negara kerana agenda pembinaan negara bangsa ini menjadi penting kerana negara ini mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Di Malaysia setiap kaum masih mempunyai persepsi negatif dan prejudis terhadap kaum yang lain lantaran sikap dan pengetahuan yang tidak menyeluruh tentang budaya dan aspirasi kaum lain menjadikan masyarakat sering dipisahkan oleh perbezaan pendapat, perbezaan perspektif, kepentingan ekonomi dan perbezaan kebudayaan yang mana akan menghalang proses penyatuan bangsa agak tergendala.
Justeru, sebagai salah satu langkah ke hadapan dalam rangka mencapai matlamat perpaduan dan integrasi kaum sebagai usaha untuk menjayakan agenda pembinaan negara bangsa, galakan kea rah proses perkahwinan campur sebagai salah satu cara untuk melahirkan semangat dan kefahaman terhadap budaya serta adat sesuatu kaum boleh difikirkan. Sikap prejudis terhadap kaum lain sedikit demi sedikit akan pupus apabila mereka disatukan dalam sebuah rumah tangga yang harmoni kerana penyatuan dua insan boleh menyatukan pula dua keluarga berlainan kaum. Situasi ini mungkin agak sukar untuk dicapai seandainya semua pihak belum dapat menerima secara terbuka tentang kebaikan perkahwinan campur sebagai salah satu usaha pembinaan negara bangsa.
Pihak kerajaan, agensi agensi kekeluargaan, badan persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan boleh memberikan insentif serta galakan kepada mana-mana pasangan yang akan mendirikan rumah tangga dalam bentuk perkahwinan campur. Peranan institusi agama, pertubuhan bukan kerajaan, intitusi sosial lainnya amat diharapkan dalam rangka merangsang pertumbuhan minda bagi mengubah persepsi agar perkahwinan campur dapat dikembangkan sebagai salah satu jambatan untuk membina negara bangsa.