PETALING JAYA: Pasangan yang bernikah di Thailand dengan tujuan poligami hanya mementingkan ‘sah di sisi agama’ dan memandang ringan undang-undang Malaysia kerana hukuman ringan, kata pensyarah kanan undang-undang, Noraini Md Hashim.
Pakar undang-undang keluarga Islam dan sivil di Universiti Islam Antarabangsa itu berkata peningkatan bilangan pasangan yang berpoligami di Thailand menunjukkan mereka tidak menghiraukan cara yang sah di Malaysia.
Noraini mengambil contoh undang-undang keluarga Islam di Wilayah Persekutuan, yang menetapkan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
“Pasangan-pasangan yang bermasalah ini memang telah membuat ‘homework’ di mana mereka tahu dan pastikan perkahwinan memenuhi hukum syarak,” kata Noraini kepada FMT.
“Akad nikah akan dilaksanakan oleh pihak yang mendapat pengiktirafan dari pihak Majlis Agama Islam Narathiwat, Patani, Satun, Songkhla dan Yala di Thailand dan mendaftar semula perkahwinan mereka dengan pihak berwajib apabila kembali ke Malaysia.”
Sebelum ini, seorang ‘ejen nikah sempadan’ dilapor berkata permintaan untuk bernikah di Thailand meningkat dua kali ganda pada tahun lalu. Majlis Agama Islam Narathiwat pula mendedahkan 50% rakyat Malaysia yang melintas sempadan untuk menambah isteri melibatkan lelaki berstatus “Datuk”.
BACA SETERUSNYA KLIK DI SINI
SUMBER : FMT