Perkahwinan – Rujukan Anda dari Merisik, Nikah hingga ke Majlis Sanding

Share This Post

Anda rasa penting atau tidak checklist kahwin ni? Ke benda mengarut?

Kami nak tanya pada yang nak melangsungkan perkahwinan, apa plan anda setakat ini? Ke tak plan apa-apa lagi?

Untuk adakan majlis perkahwinan, anda perlukan perancangan yang lengkap untuk memastikan majlis anda berlangsung dengan jayanya.

Ia bukan lah sesuatu yang boleh dipandang ringan, anda kena sedar yang ianya melibatkan maruah dan air muka kedua belah pihak.

Kami terpanggil untuk kongsikan serba sedikit checklist persiapan kahwin untuk anda bakal pengantin lelaki. Lengkap bermula dari segi urusan,

  • Merisik
  • Meminang
  • Pernikahan
  • Majlis Sanding

Menurut Kamus Dewan, merisik membawa maksud menyelidik secara diam-diam.

Manakala dalam konteks yang sedang dibincangkan, ia lebih kepada seorang lelaki mengunjungi pihak wanita untuk bertanyakan lebih lanjut berkenaan wanita tersebut.

Jika mereka belum pernah berkenalan, maka waktu ini lah si lelaki akan merisik sama ada wanita tersebut masih lagi bujang atau sudah dipinang orang atau sudah bertunang.

Ada juga yang datang bersama wakil keluarga lelaki sebagai tanda perkenalan sebelum meneruskan dengan meminang.

Tips Merisik Untuk Si Lelaki

Anda boleh sahaja datang bersendirian tetapi lagi bagus datang bersama dengan keluarga dan pastikan wakil untuk bercakap adalah seorang yang petah berkata-kata dan berpantun (kalau boleh)

Hal ini penting untuk memastikan komunikasi adalah lancar.

Rombongan Sederhana

Jika datang bersama rombongan, janganlah terlalu ramai.

Rombongan ini hanyalah untuk merisik dan bukannya untuk meminang dan ada juga kemungkinan lamaran anda ditolak.

Jadi, elakkan menarik perhatian jiran-jiran dengan rombongan yang besar. Cukup lah ahli keluarga terdekat sahaja yang ada.

Menjaga Batas

Kedua-dua pihak perlu menjaga batas dan tingkah laku masing-masing.

Si wanita biasanya hanya akan keluar untuk menghidang air dan jamuan ringan sahaja.

Kemudiannya akan berada didalam bilik sepanjang proses merisik itu berlangsung.

Hormati Keputusan

Dalam proses merisik, akan ada masanya ia tidak akan berjalan seperti yang diharapkan dimana anda mungkin ditolak.

Jadi, cuba untuk hormati segala keputusan dan berlapang dada.

Checklist kahwin untuk merisik yang anda boleh pertimbangkan adalah:

Cincin merisik
Jamuan kecil
Kos perjalanan pergi balik rombongan
Tempat penginapan rombongan

Checklist Kahwin – Meminang

Biasanya ada sesetengah keluarga yang terus skip bahagian merisik dan terus meminang.

Hal ini kerana kedua-dua lelaki dan perempuan sudah saling mengenali antara satu sama lain dan kedua-dua belah keluarga juga sudah bersetuju untuk mereka disatukan.

Biasanya pada ketika ini pihak lelaki akan datang bersama dengan rombongan.

Apa Yang Perlu Disediakan?

Bergantung pada hasil perbincangan kedua-dua belah keluarga.

Kebiasaannya sebentuk cincin belah rotan akan diberikan kepada si wanita sebagai tanda janji sudah diikat diantara kedua-dua belah pihak.

Checklist kahwin untuk meminang yang mungkin anda boleh pertimbangkan adalah:

Cincin belah rotan
Hantaran berupa makanan atau hadiah yang tidak terlalu mahal
Mini pelamin
Baju pertunangan
Jamuan kecil-kecilan
Kos perjalanan pergi balik rombongan
Tempat penginapan rombongan

Checklist Kahwin – Sebelum Pernikahan

Untuk persiapan sebelum kahwin, ada beberapa perkara yang anda perlu selesaikan terlebih dahulu.

Antara perkara paling penting yang anda perlu lakukan adalah menghadiri kursus pra perkahwinan daripada mana-mana agensi yang diiktiraf.

Kursus pra perkahwinan ini adalah sangat penting sebagai persedian buat anda dan pasangan sebelum anda bergelar suami isteri.

Segala topik penting berkaitan perkahwinan akan dibincangkan dan diterangkan dengan terperinci.

Setidak-tidaknya anda akan tahu jugalah apa tanggungjawab anda berdua sebagai suami isteri nanti.Kursus ini biasanya mengambil masa selama dua hari bermula daripada seawal 8.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang.

Untuk list persiapan kahwin atau senarai persiapan kahwin, anda perlu pastikan yang anda membuat perbincangan yang teliti diantara kedua-dua belah keluarga.

Biasanya anda boleh mula berbincang sewaktu proses meminang atau aturkan satu lagi pertemuan selepas itu.Anda dan pasangan juga boleh menjadi wakil keluarga masing-masing untuk berbincang.

Antara perkara penting yang perlu dibincangkan adalah seperti berikut.

  1. Wang Hantaran & Mas Kahwin
  2. Tarikh Pernikahan
  3. Tarikh Majlis
  4. Katering
  5. Hantaran Kahwin

Idea Hantaran

Antara idea untuk hantaran lelaki:

  • Kasut
  • Jam tangan
  • Kemeja
  • Kain pelikat
  • Baju melayu

Antara idea hantaran untuk wanita:

  • Telekung solat
  • Al-Quran
  • Wangian
  • Set penjagaan diri
  • Kain pasang
  • Jam
  • Kasut

Kalau anda dah pening sangat, bincang dengan pasangan dan tanya apa yang diinginkannya.

Checklist kahwin yang lain yang anda perlu ada dan boleh anda pertimbangkan:

Derma/Upah Tok Kadi
Jurugambar
Pelamin
Dewan/Khemah
Mak andam
Baju akad nikah
Baju bersanding
Kos perjalanan pergi balik rombongan
Tempat penginapan rombongan

Rasanya sekian sahaja untuk checklist kahwin lengkap yang anda boleh jadikan rujukan.

Jika anda inginkan pakej perkahwinan, WHATSAPP

sumber : suamisihat

More To Explore

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best

Wedding Planner Najiha Online

Event type : Annual Dinner, Annual General Meeting (AGM), Association Dinners, Association Meetings, Awards Night, Concert, Conference, Convention, Exhibitions, Product Launch, Product Talk, ROM, Seminar, Wedding Dinner, Wedding Reception, Wedding Venue