Apa Sebenarnya Tugas Wedding Event Coordinator?
Ramai ingat Wedding Event Coordinator hanya diperlukan pada hari majlis. Sebenarnya, untuk event yang proper, kerja coordination sudah bermula jauh sebelum wedding day.
Wedding Coordinator Bukan Sekadar “Jaga Majlis”
Wedding Event Coordinator memainkan peranan penting untuk memastikan pengantin, keluarga, venue dan semua vendor bergerak mengikut perancangan yang sama.
Sebelum wedding day lagi, banyak perkara perlu dikumpulkan, disemak, disusun dan diselaraskan supaya pada hari majlis, coordinator boleh fokus kepada execution.
Lagi kompleks sesuatu majlis, lagi penting untuk mempunyai seseorang yang memahami keseluruhan flow event.
Planning Sebelum Wedding Day
Collect information → faham flow → faham venue → coordinate vendor → susun timeline → align family → technical meeting → rehearsal → final confirmation.
Semua ini perlu diselesaikan sebelum event day.12 Perkara Yang Wedding Event Coordinator Perlu Urus
Inilah antara perkara utama yang perlu disediakan sebelum sesuatu wedding event berjalan.
Collect All Information
Kumpulkan maklumat lengkap tentang pengantin, keluarga, venue, vendor, pax, tentatif dan keperluan khas majlis.
Faham Flow Majlis
Coordinator perlu memahami perjalanan majlis dari vendor setup, ketibaan pengantin, acara utama sehingga majlis tamat.
Faham Layout Venue
Kenal pasti entrance, pelamin, buffet, VIP table, stage, bridal room, parking, loading area dan laluan vendor.
Coordinate Vendor
Selaraskan venue, catering, decorator, photographer, videographer, MUA, PA system, emcee dan vendor lain.
Susun Master Timeline
Tentukan masa vendor masuk, setup, sound check, arrival, entrance, acara utama, photography dan closing.
Check Semua Yang Terlibat
Senaraikan PIC keluarga, vendor, venue, technical team, emcee dan pihak lain yang terlibat.
Align Dengan Family
Faham siapa decision maker, protokol keluarga, VIP dan perkara khas yang perlu diberi perhatian.
Technical Meeting
Semak sound system, microphone, lighting, music cue, stage, screen, power supply dan technical requirements.
Rehearsal
Latihan entrance, bersanding, speech, cake cutting, performance, music cue dan pergerakan pihak terlibat.
Final Vendor Confirmation
Pastikan semua vendor tahu masa arrival, lokasi setup, PIC dan keperluan masing-masing.
Final Timeline Check
Semak semula semua timing dan pastikan tiada pertindihan antara vendor atau acara.
Wedding Day Execution
Pada hari majlis, coordinator monitor, communicate, coordinate dan troubleshoot apabila diperlukan.
Contoh Master Timeline Wedding Event
Master timeline digunakan untuk memastikan semua pihak tahu bila mereka perlu bergerak.
Vendor utama mula masuk dan membuat persediaan.
Decoration, catering, PA dan technical setup.
Sound check, microphone, music cue dan lighting.
Registration dan persediaan untuk ketibaan pengantin.
Coordinator memastikan semua pihak berada di position.
Bersanding, makan, photography dan acara yang telah ditetapkan.
Final photography, departure dan vendor dismantle mengikut jadual.
Checklist Sebelum Wedding Day
Antara perkara yang sebaiknya sudah disahkan sebelum hari majlis.
“Pengantin sepatutnya fokus menikmati hari bahagia mereka — bukan sibuk mencari vendor, mengurus timeline atau menyelesaikan masalah event.”
Sebab itu coordination perlu dibuat sebelum wedding day.FAQ Wedding Event Coordinator
Adakah Wedding Event Coordinator hanya diperlukan pada hari majlis?
Tidak semestinya. Untuk event yang lebih kompleks, banyak kerja coordination perlu dilakukan sebelum wedding day seperti pengumpulan maklumat, vendor coordination, timeline, technical meeting dan rehearsal.
Apakah perbezaan Wedding Planner dan Wedding Coordinator?
Secara umum, wedding planner lebih banyak terlibat dalam keseluruhan proses perancangan majlis, manakala event coordinator memberi fokus kepada penyelarasan perjalanan event, vendor, timeline, family dan execution. Skop sebenar bergantung kepada pakej dan penyedia servis.
Kenapa perlu technical meeting?
Technical meeting membantu semua pihak memahami keperluan teknikal seperti sound system, microphone, lighting, music cue, stage, screen dan perkara berkaitan.
Adakah rehearsal penting?
Rehearsal membantu pihak yang terlibat memahami pergerakan, entrance, cue dan timing sebelum majlis sebenar berlangsung.
Bilakah patut mula berbincang dengan Wedding Coordinator?
Ia bergantung kepada saiz dan kompleksiti majlis. Semakin banyak vendor, acara dan pihak terlibat, semakin awal coordination sebaiknya dimulakan.
Perlukan Bantuan Untuk Susun Wedding Event Anda?
Jika anda sedang merancang majlis dan mahu memahami flow, timeline, vendor coordination atau persediaan sebelum wedding day, boleh dapatkan maklumat lanjut melalui WhatsApp.
Wedding Event Coordinator
Isi maklumat ringkas di bawah. Kami akan bantu anda melalui WhatsApp.


