Melaka, JAIM Benarkan Nikah Di Masjid

Share This Post

bhnews@bh.com.my

MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membenarkan pasangan pengantin bernikah di masjid, mulai esok.

Pengarahnya, Datuk Che Shukri Che Mat, berkat, selain masjid, pasangan juga dibenarkan bernikah di pejabat agama Islam daerah (PAID) atau lokasi lain yang ditetapkan PAID.

Bagaimanapun, kehadiran dalam majlis nikah tidak boleh lebih tujuh orang dan tidak lebih 15 minit, termasuk khutbah nikah dan lafaz taklik.

Selain itu, pengantin lelaki dan perempuan, wali dan anggota keluarga yang menghadiri majlis itu diwajibkan menjalani ujian calitan, sama ada di klinik kerajaan atau swasta, tiga hari sebelum majlis pernikahan.

“Salinan bercetak keputusan negatif ujian itu harus dikemukakan kepada jurunikah sebelum majlis bermula.

“Hanya mas kahwin dan dokumen berkaitan nikah yang dibenarkan dibawa ke majlis itu, selain pengantin perempuan serta walinya harus sudah berada di lokasi nikah 15 minit sebelum nikah,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Beliau berkata, jurunikah wajib menangguhkan pernikahan jika masjid itu terletak dalam kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) atau masjid diarahkan ditutup berikutan kerja sanitasi yang disebabkan ada kes positif COVID-19.

Beliau berkata, majlis pernikahan harus dijalankan dalam ruang yang selesa bagi membolehkan penjarakan fizikal dan hadirin digalakkan memakai dua lapis pelitup muka.

Pihak pengurusan masjid dan petugas PAID juga harus membuat sanitasi peralatan yang digunakan dalam majlis nikah, termasuk pen serta peralatan lain sebelum dan selepas majlis berkenaan.

Selain itu, hadirin juga perlu membersihkan tangan dengan cecair sanitasi, mendaftar melalui aplikasi MySejahtera dan mempamerkannya kepada pengurusan masjid dan petugas PAID serta membuat pemeriksaan suhu.

“Mereka yang positif COVID-19 atau bergejala atau Pesakit Dalam Pemantauan (PUS) atau Pesakit Dalam Siasatan (PUI) tidak dibenarkan hadir dalam majlis itu,” katanya.

Beliau berkata, jurunikah wajib menangguhkan majlis pernikahan jika pengantin lelaki dan perempuan serta wali gagal mematuhi peraturan berkenaan.

Jurunikah juga diminta memaklumkan kepada balai polis mengenai majlis pernikahan itu untuk tujuan keselamatan.


3 bulan Promosi Pakej Perkahwinan KL/Selangor/Melaka & Negeri Sembilan – YouTube

More To Explore

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best

Wedding Planner Najiha Online

Event type : Annual Dinner, Annual General Meeting (AGM), Association Dinners, Association Meetings, Awards Night, Concert, Conference, Convention, Exhibitions, Product Launch, Product Talk, ROM, Seminar, Wedding Dinner, Wedding Reception, Wedding Venue