Tiada angin tiada ribut, baru-baru ini pelakon Fatiya Latiff mengejutkan ramai apabila menyindir pasangan selebriti, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza ketika sesi siarang langsung.
Difahamkan, ketika siaran langsung itu ada netizen meninggalkan komen memetik nama Zahirah MacWilson serta mengatakan pelakon itu cantik effortless.
Disebabkan komen netizen tersebut, Fatiya tidak hanya berdiam diri dan mengatakan aktres itu dilihat seperti bibik baginya serta tidak akan dapat menandingi dirinya.
Sementara itu, seorang pengguna laman X memberikan pendapatnya berkenaan isu yang hangat diperkatakan itu.
Netizen bernama @dauspozi itu berpendapat Fatiya tidak akan mengeluarkan kata-kata sedemikian jika tidak ada yang ‘memetik’ nama orang yang tidak berkenaan ketika sesi live tersbeut.
Katanya lagi, pertanyaan tersebut seolah mencetuskan provokasi serta mencetuskan kesihatan mental Fatiya sehingga menganggu rumah tangga pasangan tersebut.
“Menanggung lah orang yang petik nama Zahirah waktu sesi ‘live’ Fathia tu sebab dah trigger penyakit dia sampai ganggu rumah tangga Aiman,” tulis individu itu.
Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju bahawa netizen yang meninggalkan komen berkenaan menjadi punca diatas apa yang berlaku.
SUMBER : https://www.rotikaya.com/tanggunglah-orang-yang-petik-nama-zahirah-dekat-live-fatiya/