Alif Teega didakwa nikah di Songkhla, empat hari sebelum ‘anniversary’?

Share This Post

Pempengaruh media sosial Alif Teega didakwa nikah di Songkhla pada 21 November lalu, empat hari sebelum ulang tahun perkahwinan atau ‘anniversary’ bersama isteri pertamanya iaitu Aisyah Hijanah.

Ia susulan tular sekeping gambar berserta maklumat pernikahan Alif bersama isteri kedua dikenali sebagai Fatin Umaidah sebagai pasangan pengantin yang dimuat naik oleh akaun @pkissNaera di aplikasi X.

Menerusi gambar tersebut, tertera perkataan ‘Gambar Pasangan Berkahwin’ bertarikh 21 November 2023 selain lokasi pernikahan di Pejabat Agama Islam Wilayah Songkhla.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan kesahihan gambar maklumat pernikahan berkenaan yang sehingga kini sudah diulang kicau sehingga 4,000 kali dalam kalangan netizen.

Difahamkan, Alif dan Aisyah baru menyambut ‘anniversary’ perkahwinan mereka yang keenam pada 25 November lalu dengan menitipkan dedikasi penghargaan di laman Instagram masing-masing.

Sebelum itu, Aisyah yang juga usahawan ada berkongsi perkhabaran gembira memaklumkan dirinya sedang hamil anak ketiga dengan usia kandungan mencecah lima bulan.

Semalam, pempengaruh berusia 29 tahun itu mengaku bernikah dua pada 18 November lalu bagi menjawab spekulasi yang bertebaran sekali gus dapat mengelakkan sebarang fitnah.

Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Alif turut mengucapkan terima kasih kepada isteri pertamanya kerana bersabar serta tabah apabila menerima perkhabaran dimadukan.

“Terima kasih khususnya kepada isteri saya Aisyah Hijanah kerana bersabar dgn apa yg telah berlaku ini tabah & masih kuat berada di sisi menemani saya walaupun saya tahu perit bagi mana-mana wanita utk menerima hakikat ini.
“Selama Aisyah menjadi isteri saya, tiada sebarang kekurangan padanya. Doa saya agar Allah hanya kekalkan kami sehingga ke syurga Tapi percaturan Allah buat saya & Aisyah adalah berbeza,” tulisnya.

Untuk rekod, Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Khadeejah dan Hassan.

SUMBER : https://ohmymedia.cc/alif-teega-didakwa-nikah-di-songkhla-empat-hari-sebelum-anniversary

COUPON REBATE ( TnC ) Our All-Inclusive wedding packages provide a range of enhancements and experiences. You have the option to customize each package to your desires by adding extras such as a main course, Hawker Stalls, or a photo booth. Our packages offer various experiences to choose from. These include a rehearsal dinner the night before your wedding or discounted spa treatments for the happy couple.
This glamorous garden wedding shoot perfectly captured the vision of a romantic garden-themed wedding. Blush florals with a touch of greenery lent to the garden theme.
Exclusive Wedding Package and Venue
Our All-Inclusive wedding packages provide a range of enhancements and experiences. You have the option to customize each package to your desires by adding extras such as a main course, Hawker Stalls, or a photo booth. Our packages offer various experiences to choose from. These include a rehearsal dinner the night before your wedding or discounted spa treatments for the happy couple.
This glamorous garden wedding shoot perfectly captured the vision of a romantic garden-themed wedding. Blush florals with a touch of greenery lent to the garden theme.
This glamorous garden wedding shoot perfectly captured the vision of a romantic garden-themed wedding. Blush florals with a touch of greenery lent to the garden theme.

More To Explore

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best

Wedding Planner Najiha Online

Event type : Annual Dinner, Annual General Meeting (AGM), Association Dinners, Association Meetings, Awards Night, Concert, Conference, Convention, Exhibitions, Product Launch, Product Talk, ROM, Seminar, Wedding Dinner, Wedding Reception, Wedding Venue