Apakah itu Zakat Fitrah?

Share This Post

Sebut saja Ramadan, tentunya kewajipan yang perlu kita lakukan di bulan mulia ini adalah berpuasa dari terbit fajar hingga tenggelamnya matahari

Selepas itu, selang beberapa minggu berpuasa, kita pula akan sibuk membuat persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri. Kata orang raya-raya juga, Zakat Fitrah jangan lupa tunaikan.

Menunaikan zakat fitrah sewaktu bulan Ramadan adalah perkara biasa bagi kita. Jadi apa kata kali ini kita buat review sedikit mengenai zakat fitrah dan mengapa kita perlu membayarnya.

Apakah itu Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Ia adalah kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan yang bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia.

Zakat fitrah juga digunakan untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).

BAYAR ONLINE ZAKAT – SELANGOR KLIK DI SINI

Bilakah Zakat Fitrah difardhukan?

Zakat Fitrah difardhukan pada tahun kedua hijriah iaitu pada tahun yang sama difardhukan kewajipan puasa Ramadhan.

Dalil- dalil yang menunjukkan kewajipan ini adalah sebagaimana ayat Al Quran dan hadith-hadith berikut :

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 43 :
Maksudnya : Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan rukuklah kamu bersama-sama orang yang rukuk.

Daripada Ibnu Umar : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memfardhukan Zakat Fitrah pada bulan Ramadhan dengan kadar satu gantang daripada tamar atau satu gantang daripada gandum ke atas setiap yang merdeka dan hamba, lelaki dan perempuan di kalangan orang-orang Islam.

Syarat Wajib Zakat Fitrah

  1. Islam dan merdeka.
  2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
  3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Bayaran zakat fitrah juga disekalikan dengan lafaz akad yang dikendalikan oleh amil (pemungut zakat) dan lafaz akad terbahagi kepada tiga:

  1. Lafaz untuk diri sendiri:
    Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
  2. Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan:
    Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
  3. Lafaz bagi pihak:
    Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili …… pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Setelah memahami perkara-perkara di atas, jadinya bilakah waktu seharusnya kita membayar zakat fitrah ni?

  1. Waktu Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
  2. Waktu Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
  3. Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri.
  4. Waktu Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
  5. Waktu Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

Bayaran zakat fitrah perlu dibuat berdasarkan kepada di mana seseorang itu berada ketika masuknya waktu wajib untuk zakat fitrah

Walaupun begitu, melihat kepada realiti semasa, dengan melihat pendapat ihtiyat iaitu mengawalkan sedikit masa pembayaran sama ada sehari atau dua hari mengikut apa yang dilakukan oleh para sahabat.

Dan pernah atau tidak anda terfikir, mengapa kadar zakat yang dikenakan pada setiap negeri berbeza-beza?

Fahami sebab tersebut di bawah:

Dalam keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-57 bertarikh 10 Jun 2003 seperti berikut:

1) Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat oleh BERNAS bagi setiap beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.60 kg.

2) Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras Vietnam White bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70kg.

3) Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri.

Cara pembayaran zakat fitrah ramadhan tahun ini pada musim pkp klik je mudah mengikut negeri anda di bawah ??

Kuala lumpur
http://fitrah.zakat.com.my

Selangor
https://fpx.zakatselangor.com.my

Johor
https://onlinepayment.johor.gov.my/

Terengganu
http://www.maidam.gov.my/index.php/ms/

Kedah
https://zakatfitrah.com.my

Pahang
https://ezakat.muip.gov.my/appZv1/

Perak
www.maiamp.gov.my

negeri sembilan
www.zakatns2u.biz

kelantan
zakat.e-maik.my

sila share dan sebarkan ya ?

Semoga info ini berguna buat anda dan jangan lupa tunaikan kewajipan anda semua. Selamat berpuasa dan selamat hari raya!

Promosi. Nikmati tawaran hebat yang disediakan …

https://EWnajihaonline.wasap.my
https://nahteganu.wasap.my
http://wasap.my/+0192625146/Perunding+Takaful+Ikhlas
https://qalessyaagcera.wasap.my
https://mhmapromosi.wasap.my
https://nahteganu.wasap.my
https://beliproperty8.wasap.my
http://Leenaproperty.wasap.my

More To Explore

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best

Wedding Planner Najiha Online

Event type : Annual Dinner, Annual General Meeting (AGM), Association Dinners, Association Meetings, Awards Night, Concert, Conference, Convention, Exhibitions, Product Launch, Product Talk, ROM, Seminar, Wedding Dinner, Wedding Reception, Wedding Venue