Doa Terbaik Kad Jemputan Perkahwinan

Share This Post

Ayat Jemputan Best Untuk Kad Jemputan Perkahwinan,


AYAT UNDANGAN

DOA 01
Ya Allah Ya Rahim… Dari setinggi dan selaut kasih sayang Mu,
Kau limpahkanlah rahmat jua keampunanMu kepada pasangan suami isteri ini.
Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan ketenangan, kebahagian dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu,
mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia,
dengan Taufik dan HidayahMu, beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.
Amin Ya Rabbal Alamin.

DOA 02
Ya Tuhan kami… Kurniakanlah keimanan dan kesabaran kepada kedua mempelai
supaya mereka berjaya menempuh segala dugaan, Kurniakanlah ketaqwaan dan kesyukuran kepada kedua mempelai supaya mereka sentiasa menerima nikmat Mu, Kurniakanlah keredhaan dan keinsafan kepada kedua mempelai supaya mereka dapat beramal ibadat ke jalan yang benar, Kurniakanlah ketabahan dan kecekalan kepada kedua mempelai supaya mereka menjadi hamba Mu yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin

DOA 03
Ya Allah, satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa,
dan seperti Engkau satukan hati Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah.
Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa yang suka pada syariatku hendaklah mengikut sunnahku dan satu daripada sunnahku ialah nikah…”

DOA 04
Ya Allah Ya Tuhan kami…, “Kami memohon kepada Mu agar diberkati majlis ini.
Limpahkanlah Rahmat dan Innayah Mu ke atas pasangan suami isteri ini. Bahagiakanlah dan pelihara rumahtangga mereka agar sentiasa berada didalam lingkungan rahmat Mu yang bertali arus.
Jadikanlah kami hamba Mu yang sentiasa bersyukur dan beriman serta tergolong dalam golongan insan yang kamil. Berikan kami kekuatan jasmani dan rohani dalam menempuh liku-liku dugaan dan cabaran yang mendatang kerana kami tahu kami tiada daya upaya melainkan dari, dengan dan kerana Mu jua …”
Amin Ya Rabbal Alamin.

DOA 05
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Nya, diciptakan Nya untukmu pasangan hidup dari jenismu sendiri
supaya kamu mendapat ketenangan hati dan dijadikan Nya kasih sayang diantara kamu. Sesungguhnya yang demikian menjadi tanda-tanda kebesaran Nya bagi orang-orang yang berfikir”
Surah Ar-Rum , ayat 21

DOA 06
Ya Allah Ya Tuhan Kami.. Jadikanlah rumahtangga kedua mempelai ini seindah rumahtangga Adam dan Hawa,
setabah Ibrahim dan Hajar, sebahagia Yusof dan Zulaikha, sesetia Sulaiman dan Balqis
serta sesuci Muhammad dan Khadijah. Murahkanlah rezeki mereka, penjangkanlah umur mereka,
dekatkan mereka kepada kebaikan , jauhkan mereka dari keburukan dan kurniakanlah mereka kesenangan di dunia dan akhirat.

DOA 07
“Manusia Hawa dijadikan dari rusuk manusia Adam dan bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas tetapi adalah dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai”

DOA 08
Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buat ku,
dekatkanlah dia padaku, satukanlah hatinya dengan hatiku,
titipkanlah kemesraan antara kami agarkebahagiaan itu kekal abadi,
seiringkanlah kami dalam melayari bahtera perkahwinan,
jadikanlah kami pasangan yang bahagia dan
berkekalan buat selama-lamanya hingga keakhir hayat dan
kurniakanlah kami zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh,
sesungguhnya engkau berkuasa atas segala sesuatu.
Amin Ya Rabbal Alamin.

DOA 09
Ya Allah
Kami memohon restumu, berkatilah majlis ini,
limpahkan barakah dan rahmat ke atas pasangan suami isteri ini,
jadikanlah rumah tangga mereka aman dan bahagia,
dalam ketaatan terhadapmu,
kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah,
serta berikanlah ketenangan kepada mereka didunia dan akhirat,
sempurnakanlah agama mereka dengan berkat perkahwinan ini.
Amin.

DOA 10
Dengan Nama Allah yang Maha pemurah lagi penyayang,
Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah kau catatkan dia milikku,
titipkanlah kemesraan diantara kami agar kebahagiaan itu kekal abadi,
seiringkanlah kami dalam melayari bahtera perkahwinan,
jadikanlah kami pasangan yang bahagia dan berkekallan buat selamanya,
hingga ke akhir hayat dan kurniakanlah kami zuriat yang sempurna,
beriman dan beramal soleh,
sesungguhnya engkau berkuasa atas segala sesuatu.
Amin Ya Rabbal Alamin.

DOA 11
Tuhanku…..
Sekiranya telah kau catatkan dia milikku,
dekatkanlah dia padaku,
titipkanlah kemesraan antara kami,
satukanlah hatinya dengan hatiku,
agar kebahagiaan itu kekal abadi dan
seiringkanlah kami dalam melayari hidup sejahtera.

DOA 12
Ya Allah, satukanlah hati
………………………………………………………………….
dengan iman, taqwa, dan keyakinan kepadamu.
Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah
yang sentiasa membantu.Mewahkanlah rezeki mereka dan
kurniakanlah mereka zuriat yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh.
Semoga kehidupan mereka dilimpahi Nur Iman
dan dipenuhi Al-Muwaddah dan Ar-Rahmah didunia dan diakhirat,
Amin Ya Rabbal Alamin

DOA 13
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Satukanlah hati kedua mempelai ini
………………………………………………………………….
seperti engkau satukan Nabi Adam dan Hawa,
dan seperti engkau satukan Nabi Yusof dan Zulaika,
dan seperti engkausatukan
Nabi Muhammad S.A.W. dan Saidatina Khadijah

DOA 14
Ya Allah
Berkatilah majlis yang diadakan ini,
jadikanlah pasangan ini yang berbahagia
dan berkekalan hingga ke akhir hayat
dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh.
Sesungguhnya engkau maha berkuasa atas segala sesuatu.

DOA 15
Ya Allah YaLatif Ya Rahman Ya Rahim
Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati
ini telah bersatu kerana mengasihimu,
bertemu untuk mematuhimu,
bersatu memikul amanahmu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulatdan menyokong syariatmu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
akan jalannya yang sebenar. Penuhkan hati ini
dengan cahaya Rabbanimu yang tidak kunjung malap.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan
keimanan dan keyakinan,
Jadikan kami suami/isteri yang soleh/solehah
dan berikan kebahagiaan yang berkekalan
buat kami di dunia dan di akhirat.
Amin Ya Rabbal Alamin.

DOA 16
Pernikahan menginsafkan kita,
perlunya Iman & Taqwa meniti sabar & redha,
Bila rasa senang penuhi nikmat Tuhan,
Susah mendatang tempuhi dengan tabah,
Isteri hamparan dunia suami langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman suamilah pemagarnya,
Isteri bagai kejora suami bagaikan purnama,
Tika isteri beri hempedu suami tabah menelannya,
Jika suami terteguk racun, isteri carilah penawarnya,
Sungguh isteri rusuk yang rapuh,
berhati-hatilah meluruskannya.

DOA 17
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami mohon doa restu-mu, berkatilah majlis kami,
Semoga ianya berjalandengan sempurna sepertimana,
yang engkau redhai dan semoga jodoh perkahwinan
ini berkekalan buat selama-lamanya
serta berbahagia di dunia dan akhirat.
Amin Ya Rabbal Alamin

DOA 18
Rasulullah S.A.W. bersabda,
“Apabila seseorang dariumatku telah mendirikan sebuah perkahwinan,
maka dia telah melengkapkan separuh daripada agamanya”.

DOA 19
Firman Allah:
“Sebahagian daripada tanda-tanda allah, dicipta-Nya
jodoh-jodoh untuk kamu dari jenis kamu sendiri supaya kamu
menghayatikehidupan yang tenteram dan dijadikan-Nya
diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian
menjadi pengajaran bagi orang-orang yang berfikir.

DOA 20
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Andai kau berkenan limpahkanlah kepada kami
Cinta yang Kau jadikan pengikat rindu,
Rasulullah dan Khadijah Al-Qubra yang Kau
Jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih
Andai semua itu tak layak bagi kami, maka
Cukuplah permohonan kami dengan redha-Mu,
Jadikanlah kami sebagai suami isteri yang saling
Mencinta di kala dekat dan jauh,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingat di kala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Saling menyempurnakan dalamperibadatan.
Ya Tuhanku Yang Maha Penyayang
Sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan
Perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
dan bukti pengikutan dan cinta kami kepada sunnah Rasul-Mu
Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang
Amin Ya Rabbal Alamin

DOA 21
Ya Allah Ya Rahim
Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu,
Kau limpahkanlah rahmat jua keampunan Mu kepada pengantin suami isteri,
berkatilah majlis yang diadakan dengan
keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya.
Sesungguhnya pertemuan ini dengan izinMu.
Kurniakanlah keduanya ketenangan,
kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan Mu.
Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia.
Dengan Taufik dan Hidayahmu,
beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat kelak.
Amin Ya Rabbal Alamin

DOA 22
Ya Allah
Andai kau berkenan,
Limpahkanlah kepada kami cinta,
Yang kau jadikan pengikat rindu,
Rasulullah dan Khadijah Al-Qubra,
Yang kau jadikan mata kasih sayang,
Imam Ali dan Fatimah Azzahra,
yang kau jadikan penghias keluarga,
Nabimu yang suci

DOA 23
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang.
Sabda Rasulullah S.A.W
“Sesiapa yang berkahwin seperti dia telah
menyempurnakan sebahagian daripada agamanya.
Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah
bagi sebahagian yang lain yang masih tinggal”
(Riwayat Al-Bauhaqi)

DOA 24
Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,
bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya,
bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya,
melainkan dari sisinya untuk
dijadikan teman hidupnya.
Dekat pada lengannya untuk dilindunginya dan
dekat dihati untuk dicintainya.

DOA 25
Ya Allah Ya Tuhan kami
Satukanlah hati kedua mempelai ini
……………………………….. dengan ……………………………………
seperti engkau satukan Nabi Adam dan Hawa
dan seperti engkau satukan Nabi Yusof dan Siti Zulaika
dan seperti engkau satukan Nabi Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah
Ya Allah
Berkatilah majlis yang diadakan ini, jadikanlah pasangan ini yang berbahagia
dan berkekalan hingga ke akhir hayat dan kurniakanlah kepada mereka
zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh
sesungguhnya engkau maha berkuasa atas segala sesuatu.
Amin Ya Rabbal Alamin.

DOA 26
“Sesungguhnya apabila suami menatap isterinya
dan isterinya membalas pandangan (dengan cinta dan kasih)
Maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih sayang
dan jika suami membelai tangan isterinya,
maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan mereka”
Diriwayatkan oleh Maisaran Bin Ali dari
Abu Said Al-Khudri.

Promosi Pakej Perkahwinan KL/Selangor/Melaka & Negeri Sembilan

PROMO Pakej Nikah Sanding sah sehingga 31/08/2021 sahaja!
Untuk PROMO kali ini boleh booking pakej dulu serendah RM 500, tarikh majlis boleh pilih kemudian.
Jommmm Realisasikan Impian Perkahwinan anda bersama kami !

[wpforms id="3081"] 

More To Explore

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best

Wedding Planner Najiha Online

Event type : Annual Dinner, Annual General Meeting (AGM), Association Dinners, Association Meetings, Awards Night, Concert, Conference, Convention, Exhibitions, Product Launch, Product Talk, ROM, Seminar, Wedding Dinner, Wedding Reception, Wedding Venue