Majlis Kenduri Perkahwinan sekitar tahun 1980 hingga Penghujung 1990

Share This Post

Cerita dulu dulu berkaitan majlis kenduri perkahwinan, sekitar hujung tahun 1980 sehingga penghujung tahun 1990.

Di bahagikan kepada beberapa peringkat.

Daftar
Berjalan memanggil (menjemput)
Majlis mendirikan balai
Majlis kenduri
Majlis runtuh balai.

Daftar.
Tuan rumah akan pergi berjumpa dengan Pengerusi Kebajikan dan memaklumkan tarikh untuk majlis kenduri, biasanya kalau tiada pertindihan tarikh, mudahlah untuk kita dapatkan tarikh yang kita nak. Biasanya juga jarang sangat berlalu pertembungan.

Berjalan memanggil (menjemput).
Tuan rumah sangat digalakkan untuk menjemput sendiri secara berhadapan, kalau majlis kenduri besar, semua penduduk kampung akan dijemput, kalau majlis kecil, panggilan atau jemputan hanya tuju tuju, rumah tertentu. Pengalaman saya ketika majlis perkahwinan kakak saya, membawa Mak menaiki motorsikal dan pergi ke setiap rumah didalam kampung, berjumpa tuan rumah hanya dipintu, elakkan masuk kedalam rumah untuk mengejar masa, setelah jemputan dibuat, biasanya tuan rumah tanya “lawan orang mana”, merujuk kepada bakal menantu orang mana. Berjalan memanggil ini biasanya mengambil masa dua atau tiga hari juga. Bagi rumah yang tak ada orang, penjemput akan mewakilkan kepada jiran sebelah.

Majlis mendirikan balai.
Sehari sebelumnya,segala papan balik, khemah, kerudi meja, segala perkakas memasak, mangkuk pinggan semuanya telah dibawa kerumah, diuruskan oleh penjaga kelengkapan barang barang yang disimpan di stor masjid.

Majlis kenduri biasanya diadakan pada hari sabtu atau pun ahad, ada juga ketetapan amalan, anak perempuan kenduri hari ahad, anak lelaki kendurinya hari sabtu, saya kurang ingat berkaitan hari hari ini. Hari jumaat, selesai solat, Pengerusi Kebajikan akan bangun dan manyampaikan salam dari tuan rumah kenduri, dan sekali lagi menjemput semua anak kariah untuk menghadiri majlis kenduri, ayat yang saya ingat diucakpak oleh Pengerusi Kebajikan Kampung Sungai Rusa pada masa tu, Pak Jalit ialah “untuk menjayakan majlis kenduri ini, marilah kita beramai ramai kerumah … pada pada pukul 3-00 untuk kita bersama sama mendirikan balai”.

Biasanya majlis mendirikan balai ini akan dihadiri oleh ramai orang kampung, yang akan bersama sama mendirikan balai yang biasanya akan digunakan untuk menghidangkan lauk pauk dan sebagainya, mendirikan khemah, beramai ramai kan menaikkan khemah, tiangnya daripada buluh panjang, dihujungnya diletakkan tempurung atau tin dan diletakkan dihujung khemah, dihujung penjuru khemah diikat tali yang kemudiannya diikat di pokok atau apa yang sesuai disekitarnya. Beberapa khemah akan didirikan, khemah makan lelaki, khemah makan perempuan, khemah memasak di tepi atau dibelakang rumah dan satu khemah menunggu.

Kemudiannya Pengerusi Kebajikan akan memanggil tuan rumah untuk sesi serah kerja, beberapa soalan akan ditanya, antaranya, panggilan berapa banyak, dalam kampung ni semukim atau tuju tuju, panggilan luar banyak mana, kemudian ditanya tentang nak jamu apa, daging beli timbang atau sembelih lembu seekor, menu berapa jenis lauk, bunga telur ada atau tidak, akhirnya ditanya, majlis atas serambi, tahlil saja atau ada marhaban. Sebenarnya soalan soalan ini hanya sebagai manis mulut tuan rumah berbahasa sahaja, semua telah disiapkan, tuan rumah dah pergi jumpa Ketua Mentara dan Kepala Tukang Masak dan telah dibincangkan berkaitan menu dan sebagainya. Ketua Mentara biasanya Mak Cik atau Tok yang telah lama berpengalaman, bagitahu saja menu apa, Tok Su Buang atau Tok San Bahari atau Mak Ndak Mah Cin akan terus bagitahu, berapa banyak bawang,berapa banyak serbuk rempah, berapa banyak garam, berapa banyak cabai dan segala keperluan untuk memasak. Mereka yang akan menguruskan segala keperluan untuk memasak, mereka yang akan ‘awas’ bahan bahan umtuk menumis dan sebagainya. Ketua Mentara juga sangat berhubung rapat dengan Ketua Tukang Masak bagi memastikan lauk pauk tersiap rapi, Tukang masak dikampung saya dibahagikan kepada beberapa kumpulan, antaranya kumpulan Tok Hamid, Wa Shaari, kumpulan Pak Yusuf Lajin, anatar pembantu pembantu mereka, Pak Ngah Ca Pak Ya, Chan Wahid, Li D.O, dan berepa nama lagi yang akan memastikan kelancaran memasak lauk pauk yang telah disepakati bersama.

Pada hari mendirikan balai ini juga, ramai orang kampung, Mak Cik, Mak Long, Mak Ngah yang datang sambil membawa pisau untuk memotong bawang dan sebagainya, mereka akan mengacau pulut kacau, mereka juga yang akan merebus telur untuk bunga telur, menggoreng meehon atau memasak bubur kacang untuk dijamu kepada semua yang menghadiri majlis mendirikan balai ini. Dikampung kami, ada satu menu dibuat ketika hari diri balai ini, saya tak boleh ingat ramuannya, yang saya saya ingat batang pisang yang muda dirincik halus dan dicampur dengan berbagai ramuan lagi, namanya PINCUP. (Cikgu Hashimi Ismail ) boleh terangkan sikit tentang pincup ni.

Kalau tuan rumah buat kenduri besar, sembelih lembu seekor, biasanya pada petang diri balai tu juga, lembu akan disembelih, gurauan orang tua tua pada masa itu kalau ditanya lembu sembelih kat mana, sambil gelak, depa jawab “tang lehiaq la cek oi”. Biasanya budak budak macam saya masa tu tanya kerana nak tahu, nak tengok, sebab kadang kadang disembelih di kandang, kadang kadang dibawa kerumah kenduri, sembelih dibelakang rumah. Kalau sembelih lembu, malamnya sekali lagi orang orang kampung akan datang untuk bersiang daging, meriah lah, daging daging akan direbus, dipotong untuk gulai, untuk kurma dan sebagainya, malam itu juga biasanya tulang tulang akan direbus dibuat sup, cerah terang benderang rumah orang kawin malam tu.

Ada juga yang buat majlis khatam Al.Quran pada malam kenduri.

Hari kenduri.
Awal awal pagi tukang masak dah sampai, mereka mula menyalakan dapur, menggunakan kayu api dan tempurung kelapa, mereka akan mula memasak, biasanya mereka akan memasak kanji untuk jamuan pagi, sambil itu juga nasi dimasak mengikut kehendak tuan rumah, biasanya nasi minyak atau ada yang minta nasi hujan panas, berwarna warni. Lauk pauk ini akan siapa sekitar tengahari pukul 12-00. Meriah di gedohok ni, sambil sikit sikit membantu tukang masak, boleh ratah lauk, dan yang paling sempoinya dapat makan kerak nasi dengan gulai baru mendidih tu.

Nasi akan dimasukkan kedalam tong kedap panas, lauk pauk akan diangkat diletakkan diatas balai menghidang, para mentara perempuan akan mula mencedok lauk dimasukkan kedalam mangkuk, piring dan disusun kedalam talam.

Lauk pauk kenduri ini juga biasanya akan dimasukkan kedalam sia atau mangkuk tingkat, dan akan dihantar kerumah tukang tukang masak, ketua ketua mentara dan beberapa nama besar didalam kampung, pada masa ini, saya ingat Pak Wan Daud yang akan mengayuh basikal dan menghantar lauk pauk ini.

Kalau seekor lembu, kebiasaannya dimasak gulai, kurma atau masak putih, lauk tambahan, acar limau, sambal ikan kering (talang masin). Ada juga disediakan ayam yang dibuat masak merah untuk tetamu yang tak makan daging atau orang cina, india kawan kawan jemputan tuan rumah.

Di khemah makan, satu meja akan diletakkan empat buat kerusi, ada mentara atau pelayan tetamu yang akan memastikan kekemasannya, dikampung saya, Pak Teh Karan, Pak Teh Sharif dan Pak Ndak Wahab akan sentiasa ada didepan khemah memastikan jamuan berjalan lancar, semua tetamu yang datang selepas berjumpa tuan rumah yang menunggu dihadapan rumah, mereka akan disambut oleh Pak Teh Karan, disuruh duduk dikerusi menunggu, setelah cukup empat orang akan dipelawa unruk masuk ke khemah dan menikmati jamuan yang disediakan, nasi akan diletakkan dengan satu pinggan yang penuh berisi nasi dan ditangkup diatasnya dengan sebuah pinggan kosong, nasi itu akan dikongsi berdua, ada juga nasi tambah yang disediakan, satu jag air merah dan empat biji gelas diletakkan diatas meja, bekas mencuci tangan juga disediakan. Semasa tetamu sedang makan, bunga telur akan diletakkan dihadapan tetamu.

Selesai makan, tetamu boleh terus bangun dan akan ada petugas yang datang mengangkat talam dan membersihkan meja, talam dan pinggan akan dibawa ke belakang atau tepi rumah, diserahkan kepada kumpulan mencuci yang biasanya terdiri anak anak muda kampung.

Oleh kerana boleh dikatakan tukang masak, pembasuh pinggan, orang berangkat, mengangkat talam dan petugas petugas sambilan, semuanya merokok, tuan rumah pastinya menyedikan rokok, beberapa karton rokok akan disiapkan oleh tuan rumah dan ada seorang yang memegang tugas khas memegang rokok dan memberikan sebatang demi sebatang kepada yang ingin merokok.

Kalau ada tetamu dari kawan kawan cina atau india yang datang, Pak Teh Karan akan memastikan lauk hidangan iaitu ayam disediakan, juga diletakkan sudu dan garfu, begitu indah amalan hubungan sesama bangsa didalam negara kita ini.

Biasanya waktu puncak kedatangan tetamu ialah selepas solat zohor dan mula berkurangan ketika waktu asar, pengantin akan datang sekitar pukul 3 lebih kurang, adalah sambutan kompang dan silat menyambut pengantin, orang tua tua masjid akan datang selepas keluar masjid solat zohor dan terus naik ke serambi rumah, mereka kan bertahlil dan terus bermarhaban dengan permintaan tuan rumah, mereka akan diberi keistimewaan, dijamu dengan kuih kuih kering dan air kopi o, diberikan bunga telur istimewa yang dicabut dari pokok hiasan pelamin, jamuan khas disediakan di khemah jamuan untuk orang orang tua masjid, biasanya saya akan bersama orang orang tua masjid ini, Pak Lang Omar Babu, Tok Imam, Pak Sareh, Ustaz Hassan, Pak Su Yusuf Nayan, tekong marhaban, Pak Long Jaya, Hj Musa, Hj Hashim Jirim, Pak Cop, Hj Ishak Jani, Pak Lah Tok Siak, Idris Tok Had dan beberapa orang lagi. Majlis kenduri biasanya akan berakhir sekitar pukul 5 ke 6 petang, kalau ada lagi tetamu pun, tuan rumah layan sendiri lah.

Majlis runtuh balai.
Biasa sehari atau dua selepas kenduri, akan ada petugas khas, anak anak Pak Long Jaya yang akan datang meruntuhkan khemah, balai, mengemas perkakas memasak dan mengkuk pinggan dibawa kembali disimpan didalam stor masjid. Tuan rumah biasanya akan memberi sedikit imbuhan kepada petugas petugas khas ini.

Begitulah suasana majlis kenduri kendara orang kahwin di kampung saya, Sungai Rusa, Balik Pulau, Pulau Pinang sekitar ingatan saya ketika membesar di tahun 1980 sehingga ke penghujung tahun 1990, apabila orang kampung mula berkenduri secara buffet, dan akhirnya sedikit demi sedikit tradisi gotong royong ini hanya tinggal menjadi kenangan.

Boleh dikatakan nama nama yang saya sebutkan, 90% telah kembali mengadap pencipta, saya mohon kita doakan keampunan dan rahmat ALLAH untuk mereka.

3 bulan Promosi Pakej Perkahwinan KL/Selangor/Melaka & Negeri Sembilan

Untuk PROMO kali ini boleh booking pakej dulu serendah RM 500, tarikh majlis boleh pilih kemudian.
Jommmm Realisasikan Impian Perkahwinan anda bersama kami !
https://najihaonline.info
Open Tarikh & Dewan
2021-2022 Sekitar Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur & Selangor

WhatsApp Pakej Perkahwinan 2022 & 2023 .. http://wasap.my/+60172578101/Info+Pakej+Perkahwinan

sumber : FB

More To Explore

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best

Wedding Planner Najiha Online

Event type : Annual Dinner, Annual General Meeting (AGM), Association Dinners, Association Meetings, Awards Night, Concert, Conference, Convention, Exhibitions, Product Launch, Product Talk, ROM, Seminar, Wedding Dinner, Wedding Reception, Wedding Venue