Share This Post

Perkahwinan adalah satu ibadah serta penyatuan dua jiwa juga pasangan amanah untuk kita. Perkahwinan adalah menyatukan dua buah keluarga dengan satu ikatan. Bermula dengan perkahwinan Nabi Adam a.s. dengan Siti Hawa, maka zuriat manusia bekembang biak melalui perkahwinan. Biarpun hukunm hakam perkahwinan berubah dari keturunan terawal itu sehingga syariat Islam yang diturunkan kepada umat Muhammad s.a.w., namun perkahwinan tetap mempunyai hikmah yang cukup besar, yang memberi manfaat kepada kehidupan manusia sendiri. Apakah hikmah perkahwinan?

  • Menyempurnakan agama – Saat si pengantin lelaki berjabat erat tangan imam atau wali kepada si pengantin perempuan dengan bersaksikan sekalian saksi, saat dia melafazkan ijab dan qabul saat itu jugalah sebahagian daripada agamanya telah sempurna.
  • Sunnah nabi-nabi terdahulu – Sesungguhnya, Rasullulah SAW bersabda: “Empat perkara daripada perlakuan sunnah rasul ialah bersifat malu, sentiasa berwangi-wangian, bersugi dan bernikah.”
  • Jadi ummah kebanggaan Nabi SAW – Apabila kita berkahwin pastilah akan ada cahaya mata. Bukankah itu akan menambahkan dan meramaikan lagi umat Nabi SAW. Nabi SAW pernah bersabda ‘Dan berkahwinlah, kerana aku akan berbangga dengan kamu sebagai umat yang ramai bilangannya. Dan barangsiapa berkeupayaan hendaklah dia bernikag dan barangsiapa yang tidak berkeupayaan hendaklah dia berpuasa kerana berpuasa itu dapat mencegahnya daripada melakukan maksiat.’
  • Terlaksananya sunah Nabi SAW – Perkahwinan itu adalah sunah Nabi SAW. Aisyah berkata, Nabi SAW bersabda: ‘Nikah itu adalah daripada sunnah yakni perlakuanku. Maka barangsiapa tidak beramal dengan sunnahku dia bukanlah daripadaku.’

More To Explore

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best

Wedding Planner Najiha Online

Event type : Annual Dinner, Annual General Meeting (AGM), Association Dinners, Association Meetings, Awards Night, Concert, Conference, Convention, Exhibitions, Product Launch, Product Talk, ROM, Seminar, Wedding Dinner, Wedding Reception, Wedding Venue