JAIS membenarkan majlis akad nikah diadakan di semua masjid Pengurusan Negeri Selangor mulai 4 Januari 2021.

Share This Post

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan majlis akad nikah diadakan di semua masjid Pengurusan Negeri Selangor mulai 4 Januari 2021.

JAIS menerusi satu kenyataan di Facebook memaklumkan, majlis akad nikah yang diadakan perlulah mengikuti prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Setiap Pendaftar atau Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) hanya boleh menguruskan majlis akad nikah sebanyak lima majlis setiap hari, dari jam 9 pagi hingga 5 petang mengikut giliran yang telah dijadualkan oleh Pendaftar atau PPP.

Hanya 20 orang termasuk jurugambar yang dibenarkan hadir dalam satu majlis tidak termasuk dua orang saksi, Pendaftar dan PPP. Majlis boleh diadakan di mana-mana bahagian masjid mengikut keputusan Pegawai Tadbir Daerah atau Imam Besar,” katanya.

Walau bagaimanapun, katanya, individu dari zon merah luar Selangor tidak dibenarkan untuk hadir ke masjid untuk menyaksikan majlis akad nikah.

“Pindaan lokasi majlis akad nikah dari zon merah luar Selangor ke masjid tidak dibenarkan, namun pasangan boleh bernikah di Pejabat Agama Islam Daerah dengan kehadiran tiga orang pada satu masa,” katanya.

Terdahulu, JAIS memaklumkan bahawa majlis akad nikah hanya boleh dilakukan di Pejabat Agama Islam Daerah Klang bagi pasangan di daerah Klang diikuti dengan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor yang boleh diadakan di masjid daerah tersebut.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/117224/KHAS/Covid-19/JAIS-benarkan-majlis-akad-nikah-di-masjid

COUPON REBATE ( TnC )
Anggaran Harga Pakej Lengkap Termasuk Dewan / Hall / Ballroom / Banquet Hall / Event Space / Mall / Bungalow / Villa

More To Explore

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best

Wedding Planner Najiha Online

Event type : Annual Dinner, Annual General Meeting (AGM), Association Dinners, Association Meetings, Awards Night, Concert, Conference, Convention, Exhibitions, Product Launch, Product Talk, ROM, Seminar, Wedding Dinner, Wedding Reception, Wedding Venue